Wednesday, November 4, 2009

Jalan-Jalan di Gold Coast, Australia.......



Usia perkahwinan hampir dua dekad , rasanya inilah kali pertama dapat berjalan-jalan berdua saje. Lokasi gambar ni di lobby Hotel Hilton, Cairns Australia. Mungkin baru belajar erti privacy setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Pelik bunyinya..itulah hakikat hidup ini. Hari-hari yang berlalu tak sama dengan hari-hari yang mendatang, walaupun rutin hidup serupa tapi usia dan pengalaman mencorak warna-warni kehidupan.

Tahun pertama berkeluarga, ada la pergi jalan-jalan ke Langkawi.Katanya 'honeymoon' lebih kurang, tapi ramai yang ikut mertua, ipar duai, anak sedara ,mak sedara rasanya semua dari pihak suami. Bagus jugak dapat kenal keluarga baru tapi masa tu dengan suami pun malu sebab bercinta lepas kahwin kot.Lagi malu juga orang-orang yang ikut...jalan-jalan kat pantai pun beramai-ramai. Chalet yang kami menginap tu namanya ABC, Pantai Chenang Langkawi. Harap-harapnya masih wujudlah chalet tu, saje untuk kenangan pertama pegi jalan-jalan.

Selepas dapat anak pertama, Amirul berusia 52 hari, kami pergi jalan-jalan ke Pulau Tioman. Maksudnya bertiga naik kapal terbang kecil masa tu di panggil Pelangi Air. Mendarat dekat lokasi bernama Tekek, juga berdekatan lokasi yang namanya ABC. Kebetulan ABC lagi. Tapi memang pasti begitulah namanya sebab baru nak 'review' selepas berbelas tahun....ingat2 lupa.Apatah lagi tak dicatat, hanya menggunakan memori yang dah otai nih.Pantai cantik, air jernih, colourful fish pecking on your feet, amazingly wonderful.Chalet kami menghadap pantai, kecil je, kalau tak silap satu hari rm50. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan kekadang memang tak reti bahasa habis terbangkan pasir ke atas makanan kami yang terhidang atas meja kat serambi chalet tu. sebelah chalet kami satu couple warga emas,diorang suruh panggil pak ungku dan mak ungku...baik dan peramah. Banyak bagi nasihat-nasihat untuk couple muda macam kami, maklum mereka dah banyak pengalaman, macam-macam dugaan dah tempoh, banyak makan garam la katakan.Terima kasih, walaupun tak tahu mereka kat mana sekarang, masih hidup atau sudah tiada.

Selepas dapat anak kedua, Fidaus 5 bulan, kami jenjalan lagi ke Humberside, United Kingdom. Suami ada kursus tiga bulan di University of Hull.Maksudnya kali ni kami berempat.Kalau dukung anak kira adil lah, suami dukung Amirul dan saya dukung Firdaus. OK fine, fair and square. Masa ni tak faham masa berubah-ubah di negeri empat musim ni.Jadi waktu solat pun kena tengok jadual sembahyang sebab masa 'spring' tak sama dengan waktu 'summer' begitu juga waktu berbuka puasa dan imsak.
Masa kami sampai tu musim bunga, macam jakun la pulak tengok bunga daffodils yang menguning macam warna diraja, bunga tulip macam-macam warna, lanskap macam dalam cerita hindustan, rasa juga nak guling-guling. Tapi kami berempat bukan berdua macam aksi kejar-kejar filem hindi. Alahai....Terdetik nak duduk lama sikit kat UK ni sambil menikmati panorama yang memukau di Pearson Park , just five minutes walking from our house.Suami pasang nazar kalau dapat sambung Master atas British Scholarship nazar puasa seminggu, dah apply tunggu keputusan je. Tup tup dapat, wah gembira sungguh dan kena puasalah.Masa tu kami baru tahu kalau puasa masa musim panas, siang panjang kena pulak masa tu 29 Jun, the longest day, 19 hours baru boleh buka.Masak... biasa kat Msia puasa lebih singkat.Beberapa jam nak buka asyik pegang cawan nak buka....dah haus sangat sebab siang yang panjang dan panas.

Lagi sambung kisah jalan-jalan, selepas tiga bulan kami berpindah lokasi ke selatan England, di Brighton.Masa ni berkenalan dengan keluarga cikgu Basri yang baik dan peramah.Beliau carikan kami rumah dalam Kampus University Of Sussex, tempat suami buat Master.Lokasinya lebih kurang setengah jam drive dari London.Peliknya tempat ni saya jumpa ramai orang putih yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris termasuk lah aku yang masa tu memang 'blank' tak tau speaking bebeno. Rupa-rupanya kawasan tu 'port' orang Eropah terutama orang Perancis,Belanda, German dan Poland semua cakap bahasa masing-masing.Jarak berdekatan dengan negara2 Eropah. Kalau nak ke Paris, dari Dover ke Calais naik feri menghala perancis. Nak ke Belanda boleh naik feri 'Stena Line' dari Ipswich ke Amsterdam ambil masa 3jam.Dari Amsterdam boleh 'drive' turun ke German tak payah cop passport pun.

Selepas setahun perjalanan seterusnya ke Cardiff, saya melahirkan anak ketiga Mustaidah ketika itu suami sambung phD dan saya sambung ijazah pertama. Maksudnya kami sekarang dah berlima, kemana-mana pun berlima.Kalau nak berjalan pun bergilir.Suami ikut group Malaysian Student, menjelajah Negara-negara Meditranean sebulan. Saya uruskan anak-anak. Lepas tu take turn, saya pulak ikut kawan-kawan jalan-jalan ke Netherland dan German.Tapi tak lama seminggu je...Suami take turn jaga anak jadi Mr.Mama.Selepas beberapa tahun kami kembali ke tanah air. Fuh sampai je kat KLIA, anak-anak cakap ketiak berpeluh.Mana tak nya tak buka winter jacket waktu tengahari pulak...memangla

Cubaan pertama untuk jalan-jalan berdua ke Brunei. Malangnya kapalterbang asing-asing
dan masa flight pun tak sama. Suami ada urusan rasmi, maka nya naik Malaysia Airlines sampai dulu ke Bandar Seri Begawan.Saya naik Air Asia sebab bajet sendiri ciput.Dari KLIA ke Labuan, lepas tu naik feri bersendirian ke Banda Seri Begawan. Takut juga dalam feri tu banyak orang Filipina.Sampai di Banda Seri Begawan suami dah tunggu dengan Khadiman.Kami terus ke rumah keluarga Khadiman Pengiran Othman dan Kak Khadijah serta tujuh anak mereka. Sepuluh tahun tak jumpa, semua anak-anak kak jah dah beso panjang. Tunggu masa terima menantu je.Saya jadi guru mengaji anak-anak keluarga ini semasa mereka tinggal selama setahun di Cardiff, UK.Sungguh comel mereka masa kecik-kecik iaitu Khadiman, Khairul, Fitri dan si kembar hafizah & hafiyah. Masa habis kat rumah keluarga kak Jah buat kenduri doa selamat sebab Khairul nak sambung belajar di University of Queensland Australia.Balik dari Brunei pun asing-asing, saya kandas sebab Air Asia delay.Tunggu lagi kat airport di Labuan.

Cubaan kedua untuk jalan-jalan berdua akhirnya berjaya, masa ke Australia ni. Baru puas hati walaupun rasa penat tapi enjoy.Sampai Gold Coast keluarga Nazir dan isterinya Ida kebetulan ada di airport. Hantar parent Nazir balik Malaysia.Kami ikut Nazir jalan-jalan sekitar Brisbane. Keesokan hari,teruskan perjalanan berdua ke Cairns, ambil flight Virgin Blue sampai ke destinasi selepas dua jam.Paling cantik di kawasan ini ialah terumbu karang terpanjang di dunia. Selepas seminggu, kami kembali ke Brisbane untuk pergi tengok Kanggaroo and Koala Sanctuary . Kemudian terus ke Surf Paradise di Gold Coast sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Yes! berjaya juga pergi sama-sama.

Sejarah berulang seperti biasa kini kami ada enam orang anak @ setengah dozen, kali ini jalan-jalan ke Arab Saudi dan menetap di sana insa Allah, 2 tahun. Pada raya kedua 21 nov 2009, suami dan anak-anak firdaus, musataidah dan syafiq pergi dengan kapalterbang batch pertama. Saya kena tunggu Akmal ambil SPM bermula 18 Nov 2009 dan pergi dengan kapal terbang kedua bawa mawaddah, baby madiha dan emak. Cobaaan...cakap ala2 P.Ramlee Bujabg Lapok da.





Tuesday, November 3, 2009

Yang aku tahu pasal Bunga Kantan.


  • untuk masakan - biasanya buat laksa penang memang masukan bunga ni supaya aroma jadi lebih ummph. Mungkin ada yang menghiris bunga ni , so kuah laksa jadi banyak sampah sarap. Aku lebih suka belah dua aje , mudah diasingkan dari kuah kalau laksa nak dihidangkan. Nasi kerabu pun ada orang suka campur dengan hirisan bunga kantan yang di hiris halus.
  • Untuk gubahan - Aku pernah lihat gubahan bunga kantan di Puteri Hotel, Johor Bahru untuk menghiasi ruang VIP Executive Suite yang mewah. Tak sangka bunga Kantan yang orang kata 'low class' dapat tempat istimewa disitu. Gubahan tersebut memang cantik, klasik dan aroma macam terapi di spa.
  • Identiti bangsa- Bunga Kantan berwarna merah jambu sama dengan warna bunga sakura di Jepun. Bunga Kantan penuh beradat dalam kehidupan orang Melayu dan orang Jepun memang bangga dengan keindahan dan jati diri pada bunga sakura.